
Hari ini saya tidak mengajar begitu aktif. Hanya kepada kemahiran membaca artikel baru dibawah bahagian AL Qiraah Al Muwassa`ah bertajuk
Al Ihtifal bi eidil adha. Seperti biasa saya meminta pelajar membaca dalam bacaan senyap dan kemudian mereka mengikut bacaan saya... Setelah pelajar memerhati tanghim dan nabr yang betul, saya minta tiga orang pelajar membaca setiap satu perenggan dihadapan kelas. Pelajar2 lain mengikut pula bacaan sahabat mereka. Saya membetulkan bacaan dan sebutan yang silap.
Setelah sesi bacaan dilaksanakan bermula pula sesi perbincangan tentang kefahaman teks. Pelajar saya telah bertemu dengan kebanyakan perkataan pada teks ini kerana tajuk sebelum ini dalam mehwar (tema) yang sama. Namun, yang rajin tetap kehadapan dan mendahului yang lain. Jelas kelihatan daripada musyarakah yang diberikan... sengaja saya tidak menyoal secara individu kerana ingin melihat respond pelajar dalam perbincangan terbuka ini. Ternyata ada yang bersungguh-sungguh dan tidak kurang juga yang hanya memerhati buku sambil menulis jawapan sahaja.
Selesai kefahaman teks saya memberi mereka masa 1 minit untuk menilai semula hasil perbincagan bersama sebentar tadi kerana saya mahu menyoal perkataan-perkataan yang telah dipelajari. Suasana santai mula berdebar semula ... sebaris demi sebaris saya minta pelajar saya berdiri dan saya menyoal perkataan2 yang telah dipelajari sebentar tadi. Itulah sesi pengajaran pada hari ini. Saya meminta pelajar membuat ulangkaji latihan2 selepas teks kerana saya akan adakan kuiz pada hari Khamis. Pelajar saya tahu .. apabila ada kuiz, sudah tentu ada `alamah musyarakah. Mudah-mudahan pelajar2 saya akan lebih tekun untuk mempelajari bahasa arab. Wp saya tahu mereka menghadapi kesukaran untuk mengembara di alam bahasa ini, saya yakin, jika mereka ada kesungguhan, kejayaan pasti akan mengiringi mereka....