Esok (13 November 2009) pelajar-pelajar saya akan menduduki peperiksaan akhir tahun bagi mata pelajaran bahasa arab. Kelas terakhir tengahari tadi saya telah memberikan segala teknik penguasaan serta cara menjawab soalan yang dikehendaki. Walaupun ini kali ke 3 saya mendedahkan petua dan teknik menjawab harapan saya, semoga yang faham bertambah faham dan yang tidak faham , akan faham kali ini. Kadang kala kefahaman anak didik ini tidak datang bergolek.Saya berpuas hati dengan komitmen dan fokus pelajar pada hari ini. Walaupun Aisyah dan Mirza didenda berdiri ditepi kelas kerana tidak dapat bercakap arab untuk 2 minit tetapi mereka dapat mengatasi masalah mereka pada akhir pengajaran.
Menimba pengalaman mencari bangsa arab untuk ditemuramahTahun ini perkara paling besar telah saya lakukan untuk subjek ini ialah dengan memberi projek temubual pelajar secara berkumpulan bersama bangsa arab yang berada disekitar Skudai. Semoga pengalaman ini memberi impak kepada pelajar saya untuk lebih bersemangat bertutur berbahasa arab wp bukan untuk masa terdekat ini...

Ujian Maharatul QiraahSelain daripada itu, anak-anak saya sudah dikerah menjawab soalan -soalan syafawi secara individu dan didedahkan dengan maharatul istimak sebanyak dua kali pada tahun ini. Saya percaya walaupun mereka agak tertekan dengan tugasan yang saya berikan, mereka tidak
pernah menjauhkan diri dari saya dan sikap mereka itulah menjadi kekuatan untuk saya terus bersemangat mendidik anak-anak KAA ini. Malah, anak-anak KAA saya senang untuk berkongsi masalah dan bertukar pendapat dan pandangan bila ada waktu terluang.
Permainan teka kata

(Diana semasa sesi syafawi) (Pelajar lelaki dalam sesi Tahsin doa`)
Tidak ada apa yang lebih membahagiakan seorang guru selain untuk melihat anak didik mereka dapat mencapai impian yang mereka cita-citakan. Untuk anak-anak KAA saya ini bagi matapelajaran bahasa arab, saya berazam, untuk merealisasikan 5 orang pelajar 9A untuk batch pertama ini dan satu lagi impian yang saya tagih ialah, wp ada yang tidak cemerlang dalam matapelajaran ini, mereka boleh bertutur arab dengan saya paling ringkas selama 5 minit!