Friday, March 23, 2012

Saya & Mereka = K.A.M.I

Sudah dua tahun saya meninggalkan blog ini.. Pagi ini tiba-tiba teringat akannya. Saya ingin menyimpan segala kenangan indah bersama mereka dan sebagai tanda, KAMI pernah bersua...

p/s: Jangan salahkan perpisahan yang menimpa....malah hargailah kenangan indah sewaktu besama-sama... Life goes on...



Ini gambar semasa kami pergi BARAAN... ada yang sebut MARHABAN. seronok sangat sebab ini kali pertama dianjurkan. Dari rumah kerumah dan tidak ketinggalan juga rumah saya. Macam-macam lagu kami bawa. Masa inilah anak- KAA ini dilatih membaca doa dan memberikan ucapan. Pelajar lelaki baca doa, pelajar perempuan beri ucapan. Walaupun penat, tapi perut kenyang...! Moga Ukhuwwah terus bersemi!



Inilah ia antara wajah2 kesayangan hamba... Mereka ni banyak ragam dan songehnya!Tak ngam sangat dengan pelajar lelaki KAA mereka. Tapi masih boleh lagi bekerjasama.Wp di antara mereka ada klik , mereka masih rindu merindu bila rakannya tiada... begitulah mereka...

Gambar dibawah pula diambil semasa kami bergotong royong. Biasela...Budak2 KAA nikan sinonim dengan surau! Bila nak bersihkan surau merekalah orang paling sesuai. Wp rajin tapi kepoh mak aiii...! keje satu jam jadi dua jam...tegok je la tu..sempat ambil gambar bagai...sapelah cikgu depa ni... Memang macam adik beradik lain tali pusat! Tak larat nak layan kerenah mereka.







Ada lagiiiii......
Ni gambar semasa mereka menjadi fasilitator program tahbibullughah...dah senior sikit ...muka pun ala2 control je... masa ni junior2 KAA tak tau lagi senior2 mereka ni gila2 yg amat! hehehe...



sempat juga saya mengklik gambar semasa mereka xm. Fokus dan tekun...hehehe ...ye ke?? Tapi yang pasti memang ada pun adengan paling khusyuk sampai tersembam diatas meja!






Ini pula gambar terakhir saya bersama mereka.................
JUN 2010 saya berpindah mengikut suami ke Putrajaya. Sayang hendak meninggalkan mereka. Apatah lagi mereka calon PMR pada waktu itu.. kejam sungguh! Tapiapakan daya, itulah ketentuanNya... Bertemu , Berpisah, lumrah duniawi. WP Kami terpisah jauh (jauh la sangat!) Doa saya tidak putus moga mereka sukses dalam kehidupan dunia lebih2 lagi akhirat. Semoga pengalaman mereka sebagai minah/Mat KAA (heheh jangan mare..) memberikan satu pengalaman positif utk hari2 mereka yang mendatang.








Akhirul kalam....

Sambutlah salam kasih sayang dan ukhuwwah fillah...dari saya untuk semua..Semoga kita ketemu lagi dilaman yang abadi, syurga firdausi yang dinanti...

Sunday, January 17, 2010

KENANGAN SANTAI 2009...

Kepada calon2 PMR SMKTUN 2010. .. Wp anda bukan pelajar pilihan, wp pelbagai tanggapan manusia terhadap kalian.... jadikanlah semuanya cabaran untuk kalian terus maju dalam pelajaran. Jangan takut untuk terus mara kerana, KALIAN SEMEMANGNYA HEBAT...! Moga Allah sentiasa melindungi kalian...


Friday, November 20, 2009

JAMUAN AKHIR TAHUN KAA 2009

En Zainal (penyelia petang) dan pelajar lelaki KAA

Mohd Alif (Presiden KAA) menyampaikan ucapan

Cabutan bertuah dari guru-guru agama.
Masa untuk makan....

majlis bertukar-tukar hadiah

Pada 17 November 2009, satu majlis jamuan akhir tahun KAA telah di adakan di Surau Al-Faizin SMK Taman Universiti. Majlis yang dilaksanakan oleh para pelajar keseluruhannya itu dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semangat berpasukan dan kerjasama yang erat antara barisan pimpinan KAA dan ahlinya menjadikan jamuan akhir tahun ini sebagai satu gambaran yang positif keberadaan KAA di SMK Taman U sebagai agen perubah kearah iklim diini yang disasarkan sesuai dengan tujuan penubuhannya.

Thursday, November 12, 2009

Perjuangan belum selesai

Esok (13 November 2009) pelajar-pelajar saya akan menduduki peperiksaan akhir tahun bagi mata pelajaran bahasa arab. Kelas terakhir tengahari tadi saya telah memberikan segala teknik penguasaan serta cara menjawab soalan yang dikehendaki. Walaupun ini kali ke 3 saya mendedahkan petua dan teknik menjawab harapan saya, semoga yang faham bertambah faham dan yang tidak faham , akan faham kali ini. Kadang kala kefahaman anak didik ini tidak datang bergolek.Saya berpuas hati dengan komitmen dan fokus pelajar pada hari ini. Walaupun Aisyah dan Mirza didenda berdiri ditepi kelas kerana tidak dapat bercakap arab untuk 2 minit tetapi mereka dapat mengatasi masalah mereka pada akhir pengajaran.




Menimba pengalaman mencari bangsa arab untuk ditemuramah


Tahun ini perkara paling besar telah saya lakukan untuk subjek ini ialah dengan memberi projek temubual pelajar secara berkumpulan bersama bangsa arab yang berada disekitar Skudai. Semoga pengalaman ini memberi impak kepada pelajar saya untuk lebih bersemangat bertutur berbahasa arab wp bukan untuk masa terdekat ini...



Ujian Maharatul Qiraah

Selain daripada itu, anak-anak saya sudah dikerah menjawab soalan -soalan syafawi secara individu dan didedahkan dengan maharatul istimak sebanyak dua kali pada tahun ini. Saya percaya walaupun mereka agak tertekan dengan tugasan yang saya berikan, mereka tidak
pernah menjauhkan diri dari saya dan sikap mereka itulah menjadi kekuatan untuk saya terus bersemangat mendidik anak-anak KAA ini. Malah, anak-anak KAA saya senang untuk berkongsi masalah dan bertukar pendapat dan pandangan bila ada waktu terluang.


Permainan teka kata
















(Diana semasa sesi syafawi) (Pelajar lelaki dalam sesi Tahsin doa`)


Tidak ada apa yang lebih membahagiakan seorang guru selain untuk melihat anak didik mereka dapat mencapai impian yang mereka cita-citakan. Untuk anak-anak KAA saya ini bagi matapelajaran bahasa arab, saya berazam, untuk merealisasikan 5 orang pelajar 9A untuk batch pertama ini dan satu lagi impian yang saya tagih ialah, wp ada yang tidak cemerlang dalam matapelajaran ini, mereka boleh bertutur arab dengan saya paling ringkas selama 5 minit!

Wednesday, October 7, 2009

Marhaban Mengeratkan Ukhuwwah



Inilah pengalaman anak-anak saya menghidupkan budaya marhaban disebalik kegawatan sosial remaja. Mereka dilatih berorganisasi melalui aktiviti marhaban . Tugasan dan ad hoc dari pengurus, pembaca doa, berucap hinggalah pemegang tabung semuanya ada peranan masing-masing.
Syukur dengan keizinan Allah yang maha Esa, walaupun agak kepenatan bermarhaban dari jam 10 pagi hingga 10 malam, harapnya, mereka mempelajari sesuatu dari pengalaman ini yang datang bukan selalu....

Mahrajan KAA 2009 (Cubaan Pertama...)

Tahun 2009 buat pertama kalinya SMK TUN menghantar wakil untuk bertanding terus di peringkat negeri.
Tujuan utama sebagai pendedahan kepada pelajar untuk bersosial dalam kelompok pelajar-pelajar KAA dan SMKA yang merupakan platfom yang perlu mereka pegang.
Pertandingan Hiwar , catur, tahjiah, reka cipta diwakili oleh pelajar2 yang berminat. Sengaja saya mengisi peserta pada setiap pertandingan agar mereka memperolehi sijil negeri. Menang kalah adat pertandingan dan latihan dilakukan sehabis baik.
Pertandingan peringkat negeri ini kami akan bawa keperingkat sekolah sebagai aktiviti persatuan . Saya bangga dengan pelajar-pelajr saya kerana mereka begitu bersungguh-sungguh berlatih... Wp saingan mereka terdiri daripada rakan2 tingkatan 3 dan 5 berbanding mereka yang baru tingkatan 2 namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka terus bersemangat. HAsilnya daripada 99 peserta NAjihah mendudukan ranking ke 14 dalam musabaqah attahjiah wal imlak manakala hiwar pula menduduki tempat ke 14 daripada lebih 30 buah sekolah seluruh johor. Apa2 pun bukan itu yang menjadi kayu ukur... lebih penting ialah, usaha yang tidak jemu untuk meraih kejayaan . Harapnya tahun hadapan ramai lagi pelajar yang akan turut serta ...!




Tuesday, September 8, 2009

Maharatul Qiraah


Hari ini saya tidak mengajar begitu aktif. Hanya kepada kemahiran membaca artikel baru dibawah bahagian AL Qiraah Al Muwassa`ah bertajuk Al Ihtifal bi eidil adha. Seperti biasa saya meminta pelajar membaca dalam bacaan senyap dan kemudian mereka mengikut bacaan saya... Setelah pelajar memerhati tanghim dan nabr yang betul, saya minta tiga orang pelajar membaca setiap satu perenggan dihadapan kelas. Pelajar2 lain mengikut pula bacaan sahabat mereka. Saya membetulkan bacaan dan sebutan yang silap.
Setelah sesi bacaan dilaksanakan bermula pula sesi perbincangan tentang kefahaman teks. Pelajar saya telah bertemu dengan kebanyakan perkataan pada teks ini kerana tajuk sebelum ini dalam mehwar (tema) yang sama. Namun, yang rajin tetap kehadapan dan mendahului yang lain. Jelas kelihatan daripada musyarakah yang diberikan... sengaja saya tidak menyoal secara individu kerana ingin melihat respond pelajar dalam perbincangan terbuka ini. Ternyata ada yang bersungguh-sungguh dan tidak kurang juga yang hanya memerhati buku sambil menulis jawapan sahaja.
Selesai kefahaman teks saya memberi mereka masa 1 minit untuk menilai semula hasil perbincagan bersama sebentar tadi kerana saya mahu menyoal perkataan-perkataan yang telah dipelajari. Suasana santai mula berdebar semula ... sebaris demi sebaris saya minta pelajar saya berdiri dan saya menyoal perkataan2 yang telah dipelajari sebentar tadi. Itulah sesi pengajaran pada hari ini. Saya meminta pelajar membuat ulangkaji latihan2 selepas teks kerana saya akan adakan kuiz pada hari Khamis. Pelajar saya tahu .. apabila ada kuiz, sudah tentu ada `alamah musyarakah. Mudah-mudahan pelajar2 saya akan lebih tekun untuk mempelajari bahasa arab. Wp saya tahu mereka menghadapi kesukaran untuk mengembara di alam bahasa ini, saya yakin, jika mereka ada kesungguhan, kejayaan pasti akan mengiringi mereka....